Bank Soalan



SOALAN PEMAHAMAN ARAS TINGGI

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Siling Bilik Darjah Runtuh

     Di sebuah sekolah di negeri Kelantan, siling bilik darjahnya tiba-tiba runtuh pada 18 Julai yang lalu pada kira-kira jam 9.00 pagi iaitu semasa murid-murid darjah itu sedang belajar. Sebelum kejadian itu berlaku seorang guru perempuan tiba-tiba terdengar seolah-olah kayu patah dari atas bumbung sekolah. Pada masa itu murid-murid tahun enam itu sedang mengikuti pelajaran Bahasa Inggeris.

     Tindakan cepat dan tegas guru tersebut mengarahkan murid-murid keluar dengan segera telah dapat menyelamat 44 orang muridnya daripada dihempap siling yang runtuh itu.

     Guru besar sekolah tersebut berkata, punca siling tersebut runtuh adalah disebabkan kayu siling di bilik darjah tersebut sudah reput serta dimakan anai-anai kerana usianya terlalu lama. Sehubungan itu, pihak Pejabat Pelajaran Negeri telah meluluskan peruntukan segera sebanyak RM20,000.00 bagi membaiki siling di sekolah tersebut.

     Dalam satu kejadian yang lain pula, seorang pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah menengah dekat Kepala Batas terjatuh dari bumbung sekolah yang baru siap dibina, kira-kira jam 6.00 petang kerana mahu menangkap anak burung merpati.
Pelajar tersebut dikejarkan ke Hospital Alor Star untuk diberi rawatan kecemasan. Walau bagaimanapun pihak hospital tidak dapat berbuat apa-apa. Pelajar tersebut telah menghembuskan nafas yang terakhir kira-kira jam 9.00 malam.

     Mengikut cerita bapa pelajar tersebut bahawa, anaknya suka memikat dan memelihara burung. Ibunya tidak menyangka minat anaknya itu boleh membawa padah. Menurut bapanya, jenazah pelajar tersebut selamat dikebumikan di tanah perkuburan berhampiran dengan rumahnya. Ketua Polis Daerah Kota Star mengesahkan bahawa pihak beliau menerima laporan dan menyifatkannya tiada perbuatan jenayah yang boleh dikaitkan dengan kejadian tersebut.
1   
Apakah yang berlaku di sebuah sekolah di Kelantan pada 18 Julai 2004?
(ID:1111223988862)





A
Makmal komputer roboh

B
Bangunan sekolah roboh

C
Siling sebuah bilik darjah runtuh

D
Tanah tapak sekolah runtuh







2   
Bagaimanakah guru Bahasa Inggeris bertindak untuk menyelamatkan muridnya?
(ID:1111223992781)









A
Mengarah murid-murid keluar dari bilik darjah dengan seberapa segera

B
Mengarahkan murid-murid supaya jangan bising dan duduk diam dalam bilik darjah

C
Mengarahkan murid-murid supaya mencari kayu dan menyokong siling supaya tidak roboh

D
Mengarahkan ketua darjah pergi mencari guru dan guru besar serta memberitahu bahawa siling bilik darjah akan roboh







3   
Apakah komen guru besar sekolah tersebut mengenai siling roboh?
(ID:1111223996771)









A
Siling itu runtuh berpunca daripada perbuatan murid-murid nakal

B
Kayu siling sudah reput serta dimakan anai-anai kerana usianya terlalu lama

C
Kayu siling itu sudah lama dan tidak dapat menanggung keberatan siling itu lagi

D
Kayu siling itu tidak dipasang dengan betul mengikut peraturan pembinaan bangunan






4   
Mengapakah seorang pelajar tingkatan satu memanjat bumbung bangunan sekolah?
(ID:1111224000701)









A
Dia mahu menangkap anak burung merpati

B
Dia suka bermain kejar-kejar di atas bumbung

C
Dia disuruh oleh kawan-kawan supaya panjat bumbung sekolah

D
Dia mahu cari sesuatu yang diminati di atas bumbung sekolah itu







5   
Mengapakah pihak polis tidak mengaitkan kejadian pelajar mati itu dengan kes jenayah?
(ID:1111224004601)









A
Pihak polis telah berjumpa burung merpati sebagai bahan bukti

B
Pihak sekolah telah maklumkan kepada polis tiada kes jenayah

C
Pihak polis tidak dapat bukti ada tanda-tanda perbuatan jenayah berlaku

D
Pihak ibu bapa tidak membuat laporan jenayah di atas kematian anaknya






Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.


     Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, yang berusaha guru-guru besar, guru-guru, barisan pencadang dan rakan-rakan yang dikasihi. Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

  
  Berdirinya saya pada pagi yang meriah ini adalah untuk menegaskan pendirian kami iaitu tinggal di kampung lebih baik daripada tinggal di bandar.

Rakan-rakan yang dihormati,

     Tahukah pihak pencadang bahawa keadaan di bandar dipenuhi oleh pelbagai pencemaran, iaitu pencemaran udara, pencemaran air dan pencemaran bunyi? Pencemaran ini boleh mengganggu kehidupan kita. Mahukah pihak pencadang terganggu kesihatan akibat pencemaran alam sekitar di bandar? Tentu tidak.
 Di kampung, kita dapat menyedut udara yang bersih dan nyaman, suasananya tenang dan kita dapat menikmati keindahan alam semula jadi setiap hari di samping melihat pemandangan yang penuh dengan kehijauan.
     Tadi, pihak pencadang ada menyatakan bahawa di bandar banyak terdapat kemudahan. Adakah di kampung tidak ada kemudahan itu? Di kampung juga terdapat berbagai-bagai jenis pengangkutan, kemudahan elektrik, kemudahan bekalan air, telefon dan sebagainya. Apakah ini masih tidak mencukupi?

Saudara dan saudari yang dikasihi,

  
   
 Di bandar sekarang ini, banyak berlaku kes jenayah. Di dada akhbar, kita sering terbaca kegiatan samun, rompak, rogol, gangsterisme, kecurian dan sebagainya. Jenayah terbaru di bandar ialah kes ragut. Hampir setiap hari kes-kes ini berlaku di bandar-bandar.

     Dengan berlakunya kes-kes ini, tentu warga bandar hidup dalam keadaan ketakutan, terutamanya di bandar-bandar besar tetapi di kampung tidak begitu. Masyarakat kampung hidup dalam suasana aman damai, selamat serta hidup bermuafakat dengan semangat gotong-royong yang masih tebal dalam kehidupan mereka.

Sebaliknya, suasana di bandar berbeza. Warga bandar hidup dengan semangat mementingkan diri sendiri. Adakalanya, jiran sebelah rumah pun tidak dikenali.

     Di kampung, kita dapat menikmati sumber makanan segar. Kita dapat menikmati sayur-sayuran dan ulam-ulaman yang segar yang baru dipetik dari kebun. Tentang harganya pula, tentulah berbeza dengan di bandar. Di kampung, harganya lebih murah. Secara tidak langsung kita dapat menjimatkan perbelanjaan harian kita.

Rakan-rakan seperjuangan,

     Oleh sebab masa mencemburui saya, setakat inilah sahaja hujah-hujah saya. Walau bagaimanapun, saya tetap menegaskan bahawa hidup di kampung lebih baik daripada hidup di bandar.

Sekian, terima kasih.


6   
Apakah tajuk perbahasan ini?
(ID:1111217473606)









A
Pencemaran Tidak Berlaku di Kampung.

B
Suasana di Kampung Lebih Nyaman dan Segar.

C
Hidup di Bandar Lebih Baik daripada Hidup di Kampung.

D
Hidup di Kampung Lebih Baik daripada Hidup di Bandar.






7   
'Pemandangan penuh dengan kehijauan' bermaksud...
(ID:1111217477680)









A
rumah-rumah dicat dengan warna hijau.

B
melihat petani menanam sayur-sayuran.

C
melihat pemandangan yang indah di kampung.

D
melihat pokok-pokok dan tanaman yang subur dan menyegarkan penglihatan.












8   
Mengapakah pencemaran alam boleh mengganggu kehidupan manusia?
(ID:1111217481590)









A
Mencemarkan udara

B
Merosakkan alam sekitar

C
Menjejaskan kesihatan manusia

D
Membantutkan pertumbuhan pokok-pokok







9   
Mengapakah harga sayur-sayuran lebih murah di kampung jika dibandingkan dengan harga di bandar?
(ID:1111217485190)









A
Kerana dapat dibeli terus daripada penjual

B
Kerana dapat dibeli terus daripada penanam

C
Kerana dapat dibeli terus daripada pemborong

D
Kerana dapat dibeli terus daripada orang tengah







10   
Bagaimanakah keadaan masyarakat di bandar?
(ID:1111217488441)









A
Hidup bermuafakat

B
Hidup dalam suasana aman damai

C
Tidak mempedulikan jiran sebelah

D
Masih mengamalkan gotong-royong






Baca puisi di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.



HIDUP SEPAKAT MEMBAWA BERKAT

Inilah kisah di sebuah desa
Penduduknya banyak berbilang bangsa
Berbeza adat, budaya, bahasa

Namun hidup sekata sentiasa

 

     Susah senang sama berganding
    
  Segala masalah dibawa berunding
   
  Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
    
  Bagaikan aur dengan tebing


Hidup sepakat setiap masa
Kaya dan miskin sama merasa

Orang yang susah dibantu sentiasa
 
Hidup mereka aman sentosa

    

 Apabila tiba musim perayaan
    
  Kunjung-mengunjung menjadi amalan
  
    Jari disusun memohon kemaafan
    
  Hidup harmoni sepanjang zaman


Dijaga dikawal keselamatan desa
Setiap malam meronda sentiasa

Tanpa disuruh tanpa dipaksa

Desa selamat sepanjang masa

      

Demikianlah kisah sudah tersurat
    
  Penduduknya bersatu berganding erat
   
   Desa pun aman penghuni selamat
     
 Hidup sepakat membawa berkat.



11   
Apakah sikap penduduk desa seperti mana yang digambarkan dalam syair tersebut?
(ID:1114358330287)









A
Hidup sentiasa sepakat

B
Mementingkan diri sendiri

C
Hidup mereka aman sentosa

D
Hidup harmoni sepanjang zaman







12   
Sifat berlawanan dengan 'Bagaikan aur dengan tebing' pada rangkap kedua adalah
(ID:1114358330466)









A
melepaskan anjing tersepit.

B
berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

C
berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

D
seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.







13   
Siapakah penduduk desa dalam syair tersebut?
(ID:1114358330701)









A
Orang-orang Melayu

B
Orang-orang kampung

C
Terdiri daripada berbilang bangsa

D
Terdiri daripada pendatang asing







14   
Apakah yang diamalkan oleh penduduk desa melalui hidup sepakat membawa berkat pada musim perayaan?
(ID:1114358330895)









A
Memohon kemaafan

B
Sentiasa membantu orang-orang susah

C
Sama-sama meronda menjaga keamanan

D
Saling mengunjungi antara satu sama lain







15   
Manakah amalan yang tidak diamalkan oleh penduduk desa dalam syair di atas?
(ID:1114358332241)









A
Bersatu berganding erat

B
Segala masalah dibawa berunding

C
Kunjung-mengunjung setiap masa

D
Orang yang susah sentiasa dibantu






Teliti peta di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.





16   
Mengapakah murid-murid di dalam bilik darjah disusun demikian?
(ID:1111220321871)









A
Memudahkan pengajaran individu

B
Memudahkan guru mengawal kelas

C
Menyenangkan guru dan murid bergerak

D
Memudahkan pengajaran secara berkumpulan







17   
Murid-murid disusun seperti dalam rajah di atas berdasarkan
(ID:1111220325421)









A
saiz murid.

B
sosio ekonomi.

C
kepandaian murid mengikut ujian.

D
kebolehan murid dalam pelajaran dan kemahiran.







18   
Murid-murid yang lemah diletakkan di hadapan, berhampiran dengan guru kerana
(ID:1111220329131)









A
takut dibuli oleh murid-murid lain

B
mudah bagi guru memantau mereka

C
mereka nakal dan suka membuat bising

D
memudahkan mereka bertanya kepada guru







19   
Apakah kelebihan teknik penyusunan kelas seperti di atas?
(ID:1111220332921)









A
Mengawal murid-murid nakal

B
Murid-murid boleh dibentuk minat dan bakat masing-masing

C
Murid-murid boleh menunjukkan bakat masing-masing

D
Menggalakkan penglibatan aktif bagi setiap individu dalam kumpulan kecil







20   
Satu daripada faktor berikut tidak sesuai dengan teknik pengajaran ini.
(ID:1111220336461)









A
Kerjasama dan pertandingan secara sihat akan wujud.

B
Pengawasan sama rata boleh dibuat dari kumpulan ke kumpulan.

C
Ketua kumpulan mempunyai kuasa mutlak terhadap kumpulannya.

D
Membolehkan guru memberi tumpuan kepada murid yang sama peringkat kebolehannya.






Baca iklan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.


     Persatuan Bekas Pelajar, Sekolah Kebangsaan Pokok Sena akan menganjurkan program motivasi untuk calon-calon UPSR sekolah ini dan sekolah-sekolah sekitar.

Tujuannya :

*  Mengetahui cara menjawab soalan dengan tepat.
*  Mengetahui kesilapan calon dalam menjawab soalan dan cara mengatasinya.
*  Menambah keyakinan diri untuk menghadapi peperiksaan.

     Para pembimbing terdiri daripada guru-guru pakar dalam bidang masing-masing dan pakar-pakar motivasi yang dijemput khas.

     Tuliskan nama, darjah dan sekolah adik-adik dalam borang yang telah kami serahkan kepada sekolah adik-adik.

Bayaran
:
RM45.00 (makan, minum, tempat tidur disediakan).
Tarikh
:
6 - 8 Ogos 2004
Tempat
:
Kem Putra, Sungai Petani.

Bas untuk pergi dan balik  disediakan.

     Dapatkan borang penyertaan di sekolah adik-adik dan serahkan kepada pihak sekolah pada atau sebelum 1 Ogos 2004.


21   
Apakah tujuan utama program ini dijalankan?
(ID:1111222189572)









A
Menambahkan wang persatuan

B
Memperkenalkan pakar motivasi kepada calon UPSR

C
Menolong calon UPSR mendapat keputusan cemerlang

D
Menolong sekolah dalam pembelajaran mata pelajaran UPSR






22   
Siapakah penganjur program ini?
(ID:1111222193661)









A
Pakar motivasi

B
Kem Putra, Sungai Petani

C
Sekolah Kebangsaan Pokok Sena

D
Persatuan Bekas Pelajar, Sekolah Kebangsaan Pokok Sena







23   
Berapa harikah program motivasi ini diadakan?
(ID:1111222197181)









A
2 hari

B
3 hari

C
6 hari

D
8 hari







24   
Di manakah boleh didapati borang penyertaannya?
(ID:1111222201181)









A
Di Kem Putra, Sungai Petani

B
Di sekolah pelajar itu sendiri

C
Daripada tenaga pengajar dan pembimbing motivasi

D
Daripada Persatuan Bekas Pelajar, Sekolah Kebangsaan Pokok Sena







25   
Manakah antara berikut yang bukan faedah program tersebut?
(ID:1111222204691)









A
Tahu kesilapan calon menjawab soalan UPSR

B
Cara mengatasi kelemahan dalam menjawab soalan UPSR

C
Setiap calon UPSR akan berjaya dengan cemerlang dalam UPSR

D
Menanam semangat yakinkan diri dalam menghadapi peperiksaan





















Baca jadual di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang.





26   
Bilakah Amir menyertai kegiatan kokurikulom di sekolah?
(ID:1111223156951)









A
Pada hari Isnin jam 4.00 petang hingga 6.00 petang

B
Pada hari Rabu jam 4.00 petang hingga 6.00 petang

C
Pada hari Selasa jam 4.00 petang hingga 8.00 malam

D
Pada hari Khamis jam 4.00 petang hingga 7.00 malam







27   
Bredasarkan jadual, Amir mengambil berat dalam mata pelajaran...
(ID:1111223161941)









A
Sains

B
Matematik

C
Bahasa Melayu

D
Bahasa Inggeris







28   
Berapa kalikah Amir mengikuti kegiatan agama dalam seminggu?
(ID:1111223165861)









A
4 kali

B
5 kali

C
6 kali

D
7 kali






29   
Mengapakah Amir mencatat 'Selesai kerja-kerja sekolah' dalam jadual hariannya?
(ID:1111223170741)









A
Supaya kerja-kerja sekolah tidak terbengkalai

B
Supaya Amir senang membuat kerja-kerja lain

C
Supaya boleh membantu kawan-kawan lain buat kerja

D
Supaya Amir dapat menghadiri kegiatan kokurikulum di sekolah







30   
'Semoga aku menjadi insan yang kamil' bermaksud
(ID:1111223174361)









A
moga-moga mendapat menjadi pegawai tinggi.

B
mendapat kejayaan yang cemerlang dan gemilang.

C
menjadi manusia yang tidak cacat anggota tubuh badan.

D
manusia yang sempurna dari segi rohani, jasmani dan emosi.






Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.


      Dengan ini dimaklumkan kepada setiap rakyat Malaysia yang ingin berkunjung ke Selatan Thai, satu ketetapan telah dibuat oleh pihak Jabatan Imigresen iaitu mereka tidak dibenarkan mengunjungi bandar Tak Bai bermula 12/11/2005 hingga suatu tarikh yang akan diberitahu kelak.

      
Halangan mengunjungi Selatan Thai itu adalah untuk menjaga keselamatan pengunjung memandangkan di Selatan Thai sedang berlaku pergolakan politik yang mengancam keselamatan.

      Pengunjung-pengunjung kita diharap faham dengan keadaan ini dan pihak kerajaan menggalakkan pengunjung sedia berbelanja di negara sendiri demi keselamatan diri dan meningkatkan pertumbuhan ekonomi tempatan kita.

      

Mana-mana pengunjung yang melanggari arahan ini akan dikenakan tindakan undang-undang dan pihak kerajaan tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang insiden yang tidak diingini ke atas diri pengujung kita di negara berkenaan. Sekian, terima kasih.

Pegawai Imigresen Sempadan
Rantau Panjang.


31   
Pengumuman ini ada hubungan dengan...
(ID:1155135463573)









A
Jabatan Pendaftaran Negara.

B
Jabatan Perindustrian.

C
Jabatan Pelancongan.

D
Jabatan Imigresen.







32   
Siapakah yang sering berkunjung ke Selatan Thai itu?
(ID:1155136220787)









A
Pembekal barangan perabot

B
Kakitangan kerajaan

C
Pihak tentera

D
Orang awam







33   
Mengapakah pengumuman pihak Imigresen itu begitu penting?
(ID:1155136351444)









A
Supaya pengunjung dapat mengurangkan kunjungannya pada masa-masa tertentu

B
Supaya orang awam lebih gemar menggunakan barangan tempatan

C
Bagi memastikan pengunjung mengikut peraturan yang ditetapkan

D
Untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku







34   
Mengapakah pengunjung Malaysia suka berkunjung ke Selatan Thai itu?
(ID:1155136620505)









A
Untuk bersiar-siar di negara tersebut

B
Harga barangannya begitu berbeza dengan negara kita

C
Untuk mengunjungi saudara-mara yang tinggal di negara jiran itu

D
Terdapat kawasan pelancongan yang menarik di kawasan tersebut







35   
Pada pendapat anda, apakah yang merunsingkan pihak kerajaan Malaysia jika ramai pengunjung kita berkunjung ke negara Thai itu?
(ID:1155136838288)









A
Menimbulkan masalah sosial yang berat

B
Timbul satu sikap merendah-rendahkan kualiti barangan kita

C
Untuk mengurangkan penghijrahan rakyat kita ke Negara Thai

D
Akan merosotkan industri barangan tempatan serta pengaliran keluar wang Malaysia ke negara jiran






Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.


Kampung Batu,
Jalan Kilang,
adang Terap,
06300 Kuala Nerang,
Kedah Darul Aman.

Tuan Pegawai,
Daerah Kuala Nerang,
06300 Kuala Nerang,
KEDAH DARUL AMAN.
30 JANUARI 2004.


Tuan,



Memohon Membaiki Jalan Yang Rosak

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.    Dukacita dimaklumkan bahawa jalan yang menghala ke kawasan kilang di Kampung Batu, Padang Terap telah rosak teruk. Banyak kemalangan telah berlaku kerana jalan berlubang-lubang.

3.    Untuk makluman pihak tuan, keadaan jalan berkenaan bertambah buruk lagi selepas ditenggelami air sedalam 0.5 meter pada akhir bulan lepas.

4.    Selain itu, kesesakan lalu lintas juga berlaku terutama pada waktu pagi. Semua kenderaan terpaksa bergerak perlahan kerana keadaan jalan sedemikian.


5.    Memandangkan jalan ini adalah laluan utama bagi penduduk ke bandar, kami harap pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan ini.
Kami memohon pihak tuan supaya dapat mengatasi perkara ini dengan seberapa segera.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

 
  

( SAID BIN SAAMAH )
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung,
Kampung Batu.


36   
Siapakah yang menulis surat di atas?
(ID:1111225165802)









A
Pegawai Daerah Kuala Nerang

B
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung Batu

C
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung Padang Terap

D
Bendahari Jawatankuasa Kemajuan Kampung Padang Terap







37   
Mengapakah surat di atas ditulis?
(ID:1111225169551)









A
Menyatakan masalah penduduk Kampung Batu

B
Mengarahkan supaya Pegawai Daerah membaikinya

C
Memberitahu bahawa jalan berkenaan selalu ditenggelami air

D
Memohon pihak berkenaan supaya membaik pulih jalan ke Kampung Batu







38   
Mengapakah jalan itu bertambah teruk?
(ID:1111225174281)









A
Akibat banjir pada tahun lepas

B
Usia jalan berkenaan sudah terlalu lama

C
Hujan yang lebat kerap turun di kawasan itu

D
Kerana terlalu banyak kenderaan yang melalui jalan tersebut






39   
Bilakah banjir berlaku di Kampung Batu?
(ID:1111225179451)









A
1 Disember 2003

B
10 Disember 2003

C
27 Disember 2003

D
30 Januari 2004







40   
Satu daripada berikut tidak berkaitan dengan permohonan di atas?
(ID:1111225183321)









A
Surat di atas ialah surat permohonan

B
Said Saamah ialah penduduk Kampung Batu

C
Pergerakan kenderaan tidak lancar apabila melalui jalan berkenaan

D
Penduduk Kampung terpaksa mengguna jalan lain untuk ke bandar
















SELAMAT MENJAWAB

CIKGU RUHANA BINTI WAHAB
GURU BAHASA MELAYU  TAHUN 6



*******************************RW/rw/ay/al/mac2010*******************

Tiada ulasan:

Catat Ulasan